Ozil idam jersi nombor 10

Ozil idam jersi nombor 10

LONDON, 4 Sept – Mesut Ozil memberikan gambaran bahawa dia mahu menjadi pemain utama Arsenal dengan mengambil alih jersi bernombor 10 yang ditinggalkan Jack Wilshere yang kini dipinjamkan ke AFC Bournemouth.

“Ia adalah percuma dan sudah pasti saya mahukannya,” kata Ozil apabila ditanya mengenai jersi nombor 10 dalam temuramah bersama akhbar Jerman, Express.

Ozil baru-baru ini menggunakan nombor yang sama bersama pasukan kebangsaan Jerman selepas Lukas Podolski mengumumkan persaraan antarabangsa.

“Saya mahukan nombor ini bertahun lamanya sama seperti Lukas Podolski dan dia memperolehnya kerana dia lebih lama mewakili negara daripada saya. Kini saya memperolehnya.

Mesut Ozil ingin memakai jersi nombor 10 di Arsenal, nombor sama yang digunakannya dalam pasukan kebangsaan. - AP
Mesut Ozil ingin memakai jersi nombor 10 di Arsenal, nombor sama yang digunakannya dalam pasukan kebangsaan. – AP

“Nombor itu sesuai dengan saya dan kedudukan saya sebagai pemain utama.” Ozil berkata, nombor itu memberi banyak maksud kepadanya.

“Ia adalah nombor kegemaran saya. Bintang legenda bola sepak seperti Zinedine Zidane, Diego Maradona dan Pele memakai nombor itu di belakang mereka. Saya sangat gembira memperolehnya.” – AFP