Ozil percaya Arsenal boleh menangi liga

Ozil percaya Arsenal boleh menangi liga

LONDON, 22 Dis (Reuters) – Arsenal boleh memenangi gelaran Liga Perdana musim ini jika mereka boleh terus memainkan permainan yang mereka tunjukkan ketika menang 2-1 menentang Manchester City kelmarin, pemain tengah Mesut Ozil berkata.

Kemenangan itu memperlihatkan Gunners, yang berada di kedudukan kedua liga dan dua mata di belakang pendahulu Leicester City selepas 17 perlawanan, mendahului empat mata di belakang pasukan Manuel Pellegrini di tempat ketiga.

“Kami percaya dengan diri kami. Jika anda melihat perlawanan kami menentang kelab-kelab besar, kami menang terhadap mereka dan anda tahu kualiti kami, jika kami memainkan permainan kami, kami mampu memenangi liga,” Ozil memberitahu para pemberita selepas perlawanan itu.

“Kami akan memberikan yang terbaik pada musim ini untuk memenangi gelaran itu. Kami telah menempuhi beberapa perlawanan yang sukar, kami gembira untuk menang ke atas Manchester City dan mengambil tiga mata penuh.

Mesut Ozil ketika meraikan jaringan bersama Theo Walcott. – Reuters
Mesut Ozil ketika meraikan jaringan bersama Theo Walcott. – Reuters

“Saya gembira untuk dapat menolong pasukan. Anda melihat di padang, rakan sepasukan banyak menolong saya untuk saya mempermainkan permainan saya. Saya hanya menolong mereka kembali jadi hari ini merupakan satu lagi permainan penting buat kami.

“Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dan kami menang perlawanan itu, jadi kami mengambil tiga mata dan itulah yang paling penting.”

Theo Walcott percaya keberadaan Ozil menjadikan mudah untuk Arsenal memenangi gelaran Liga Perdana.

Ozil memberikan umpanan kepada Walcott dan Olivier Giroud kelmarin untuk meledakkan gol ke gawang Manchester City.

“Apa yang ada pada Mesut Ozil tidak ada seperti pemain lain. Apabila dia membuat hantaran, anda perlu sahaja mengejarnya,” kata Walcott.

“Kami punyai pemain-pemain istimewa di atas padang untuk memberikan detik istimewa dalam perlawanan, dan itu menjadikan kerja-kerja kami lebih mudah.

“Usaha yang diberikannya membawa perubahan kepada keseluruhan skuad.”

Arsenal akan menentang pasukan tempat ke-12 Southampton dalam saingan liga Sabtu ini.