Ozil rai hari lahir ke-27, hargai sokongan peminat

Ozil rai hari lahir ke-27, hargai sokongan peminat

LONDON, 16 Okt (Reuters) – Perancang utama Arsenal, Mesut Ozil menyambut hari kelahirannya yang ke-27 dengan mengucapkan penghargaan kepada peminat-peminatnya menerusi media sosial.

Pemain antarabangsa Jerman yang membantu negaranya mara aksi Euro 2016 ketika saingan kelayakan minggu ini meraikan hari lahirnya secara ringkas dengan sebiji kek tradisi sambil meniup lilin.

Ozil memuat naik gambar hari lahirnya itu di Instagram bersama ucapan: “One year older yet again! Thank you

all so much for your birthday messages! Here’s to another great year…#bestfansworldwide #thankyou #happyMesut #birthday.’

Sementara itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger mengakui bertuah memiliki Ozil yang semakin menyerlah sejak awal musim ini.

Ozil dianggap sebagai ‘nadi’ kepada bahagian serangan Arsenal setakat ini selepas membuktikan kehebatan mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Manchester United baru-baru ini.

Wenger percaya aksi cemerlang Ozil ini dianggap sebagai landasan untuk pemain itu terus mempamerkan prestasi terbaik.

Lebih menarik, Ozil turut menyumbangkan gol pertamanya musim ini ketika bertemu anak buah Louis van Gaal itu.

ARTIKEL YANG SAMA