Ozil, Sanchez digesa main watak penting

Ozil, Sanchez digesa main watak penting

LONDON, 11 Feb – Mesut Ozil dan Alexis Sanchez (gambar) perlu menjadi watak penting jika mahu membantu Arsenal menamatkan kemarau 12 tahun menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, kata pemain tengah, Tomas Rosicky.

Sanchez yang menyertai kelab dengan jolokan The Gunners dari Barcelona pada 2014 adalah salah seorang pemain sayap yang digeruni dalam saingan liga apabila meledak 16 gol pada musim pertamanya bersamanya kelab London Utara itu.

Ozil pula menjaringkan empat gol tetapi mengukuhkan namanya sebagai salah seorang pemain paling kreatif di dunia apabila membantu rakan sepasukan menjaringkan 16 gol setakat ini.

“Dia ada ketikanya terpaksa diketepikan (kerana kecederaan yang dialamianya) musim lalu, jadi dia sukar untuk mendapatkan rentaknya.

Namun, kini selepas bermain sejak permulaan musim, semua orang dapat lihat bakat yang dimilikinya.

pg21_160212_c

“Dia dan Alexis adalah kunci terhadap perubahan permainan. Kedua-duanya mempunyai kekuatan untuk memenangi perlawanan, jika mereka beraksi pada tahap terbaik, ia akan membantu pasukan dalam misi memburu kejuaraan liga,” kata Rosicky.

Sementara itu, rakan sepasukan, Joel Campbell memuji tonggak pertahanan, Hector Bellerin apabila menyifatkan pemain berusia 20 tahun itu akan menjadi salah seorang pemain pertahanan kanan terbaik dunia.

“Dia sedang menikmati prestasinya pada tahap tertinggi, tetapi saya fikir dia boleh melakukan lebih lagi. Dia mempunyai potensi untuk menjadi salah seorang pertahanan terbaik dunia,” katanya. – Reuters