Ozil yakin Arsenal mampu muncul juara

Ozil yakin Arsenal mampu muncul juara

LONDON, 19 Nov (Agensi) – Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil percaya kemenangan ke atas Manchester United, Manchester City dan Liverpool tahun ini telah memberikan skuad The Gunners tonik untuk bersaing bagi meraih gelaran Liga Perdana England (EPL).

Ozil yakin Arsenal akan menjuarai EPL berdasarkan persembahan yang ditunjukkan kelab London itu menentang kelab besar baru-baru ini.

“Pada penghujung musim lalu sehingga kini, kami telah membuktikan yang kami mampu untuk bersaing dengan kelab besar yang lain.

“Kami belajar daripada kesilapan dan mengukur tahap kemampuan ketika menentang mereka. Ia sekali gus memberi kekuatan kepada kami sebagai satu kumpulan,” kata bekas perancang Real Madrid itu.

Pemain antarabangsa Jerman itu berkata, skuad The Gunners telah berhadapan beberapa siri kekalahan yang mengecewakan pada musim ini.

Ozil yakin kemenangan ke atas gergasi EPL sebelum ini merupakan tonik untuk Gunners menjulang mahkota liga musim ini. – Reuters
Ozil yakin kemenangan ke atas gergasi EPL sebelum ini merupakan tonik untuk Gunners menjulang mahkota liga musim ini. – Reuters

“Kami kecewa tetapi dapat bangkit kembali.

“Rakan sepasukan turut mengharapkan sesuatu daripada saya, sekali gus memberi saya keyakinan untuk menguasai perlawanan,” tambahnya lagi.

Pemain berusia 26 tahun itu turut percaya skuad Arsenal sudah mempunyai pemain yang cukup untuk memberi saingan jika pengurus, Arsene Wenger tidak membeli sebarang pemain pada musim perpindahan Januari depan.

Juara Piala Dunia itu mengakui tahap kerjasama dalam satu pasukan kini semakin baik tanpa mengira siapa yang terpilih untuk kesebelasan utama.

“Anda memerlukan skuad yang besar untuk lebih sukses dan itu adalah punca kami mampu beraksi dengan baik kebelakangan ini,” katanya.

Arsenal dijadualkan kembali beraksi dalam saingan EPL menentang West Brom minggu ini.

ARTIKEL YANG SAMA