P1 luas rangkaian 4g ke pantai timur, Sabah dan Sarawak

P1 luas rangkaian 4g ke pantai timur, Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) memperluaskan rangkaian 4G ke pantai timur, Sabah dan Sarawak untuk capaian komuniti dan meningkatkan aktiviti dalam talian mereka. Pada masa ini, masyarakat di kawasan berkenaan banyak bergantung kepada ketersambungan data prabayar melalui telefon pintar masing-masing dan pengehadan itu menghalang mereka mendapatkan capaian kandungan perniagaan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh yang demikian, kemajuan rangkaian 4G P1 menandakan permulaan baharu untuk masyarakat luar bandar dan sub-bandar bagi mendapatkan perkhidmatan internet bebas gangguan.

Ketua Pegawai Pemasaran, Lai Shu Wei, berkata aktiviti dalam talian di kawasan berkenaan pada masa ini dikekang oleh liputan rangkaian dan data yang terhad.

“Jalur lebar sewajarnya tidak menjadi keistimewaan kepada mana-mana penduduk Malaysia memandangkan capaian kepada maklumat adalah hak mereka.

“Oleh itu kami mahu membolehkan masyarakat ini mendapatkan perkhidmatan ini, justeru itu mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada kemajuan aliran semasa dan teknologi, dengan capaian maklumat lebih mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA