Pablo ketepikan Nadal

Pablo ketepikan Nadal

RIO DE JANEIRO, 22 Feb (AFP) – Pablo Cuevas dari Uruguay, memulakan pertandingan dengan mengetepikan Rafael Nadal, memenangi gelaran ATP keempatnya semalam, menewaskan Guido Pella dari Argentina 6-4, 6-7 (5/7), 6-4 pada Terbuka Rio.

Cuevas membuat pukulan kemenangan pada mata penamat, di mana hanya break point sama ada diperoleh pemain itu dalam dua set terakhir, untuk memenangi gelaran itu selepas dua jam dan 16 minit di gelanggang tanah liat. Pertandingan akhir itu terjejas dengan hujan pada set pembukaan dan dilengkapkan pada awal pagi hari ini.

Hadiah utama, $303,000, adalah yang terbesar dalam kerjaya Cuevas, yang bangkit selepas Nadal pada separuh akhir.

“Saya tahu orang ramai menjangka Nadal tetapi saya gembira, anda menyokong saya,’ kata Cuevas. “Saya berharap semua orang di Uruguay menikmatinya.”

Pemain tangan kidal, Pella, rangking ke 71, dilihat akan meningkatkan rangkingnya lewat hari ini biarpun kegagalan untuk menjulang mahkota ATP pertamanya. Dia membawa pulang hadiah tempat kedua $142, 450 (AS), terbesar dalam kerjayanya.

Pablo semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohahan Terbuka Tenis di Rio de Janeiro, Brazil. Pablo memberi kejutan menewaskan Nadal dengan 6-4, 6-7 (5/7), 6-4. – AFP
Pablo semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohahan Terbuka Tenis di Rio de Janeiro, Brazil. Pablo memberi kejutan menewaskan Nadal dengan 6-4, 6-7 (5/7), 6-4. – AFP

Cuevas, rangking ke-45 tetapi melonjak ke tangga ke-27, terlepas dua musim dari 2011 sehingga 2013 kerana kecederaan tetapi bangkit untuk memenangi gelaran dalam Terbuka Sweden 2014 dan Croatia dan Terbuka Brazil di Sao Paulo pada 2014.

Dalam pertandingan perseorangan WTA, bekas juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone, yang berusia 36 tahun pada Jun, memenangi gelaran pertamanya sejak 2013, menewaskan Shelby Rogers dari AS, 2-6, 6-2, 6-2 pada final.

Bekas pemain nombor empat dunia dari Itali itu, sekarang rangking 132, kembali setelah ketinggalan satu set dan break untuk menewaskan pesaingnya berusia 23 tahun dan memenangi gelaran kerjaya ketujuhnya.

Schiavone adalah pemenang dari Itali ketiga dalam Jelajah WTA pada tahun ini selepas Roberta Vinci di St Petersburg minggu lalu dan Sara Errani di Dubai pada Sabtu.

ARTIKEL YANG SAMA