Pablo, Manuel kukuhkan kedudukan

Pablo, Manuel kukuhkan kedudukan

WASHINGTON, 29 Feb (AFP) – Juan Pablo Estelles dan Juan Manuel Leguizamon masing–masing menghasilkan dua try untuk mengukuhkan tuan rumah Argentina yang belum pernah tewas ke atas Kanada 54-21 semalam dan mendahului perlawanan Americas Rugby Championship.

Pasukan dari Amerika Selatan itu memperbaiki dengan kemenangan 3-0, satu seri dan mengatasi pasukan Amerika Syarikat untuk mendahului perlawanan enam negara dengan perlawanan berbaki seminggu saja lagi.

Hanya kekalahan Argentina pada Sabtu depan di Brazil dan kemenangan pasukan AS pada hari yang sama di Uruguay akan menjejaskan pasukan dari Amerika Selatan itu bagi memenangi keseluruhan dalam perlawanan satu pusingan.

Try awal dari Snatiago Iglesias, menjejaskan dari garisan, dan Estelles meletakkan Argentina didepan 12-0.

Dan Moor membalas dengan try bagi pasukan Kanada tetapi sepakan penalty menerusi Pedro Mercerat dan try pertama Leguizamon membolehkan Argentina mencatatkan kedudukan 20-7.

Andrew Ferguson menyudahkan try sendiri pada minit ke-33 dan 38 untuk memberikan pasukan Kanada pendahuluan mereka 21-20.

Tetapi Franco Cuaranta meletakkan Argentina didepan 27-21 dengan try pada rehat separuh masa dan Argentina mendominasi separuh masa kedua.

Mercerat menambah sepakan penalti sebelum pasukan Argentina diberikan try penalti menerusi beberapa pelanggaran dari Kanada, satu yang menjejaskan kapten pasukan Kanada, Hubert Buydens ke kerusi dengan pasukannya tewas 37-21.

Lucas Gonzales menambah try dengan pemain tambahan dan Leguzimon dan Estelles menjaringkan try kedua mereka untuk melengkapkan kemenangan.

ARTIKEL YANG SAMA