Paceman juarai Futsal NMOB

Paceman juarai Futsal NMOB

Oleh Mneer Hashim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Pasukan Paceman muncul juara dalam kejohanan futsal anjuran New Mini Owners Brunei (NMOB) kelmarin yang diadakan buat kali pertama bagi merebut piala pusingan NMOB yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Kerja Raya, Berakas.

Piala yang disumbangkan oleh ahli NMOB, Pengiran Omar Ali bin Pengiran Haji Othman itu disertai oleh lima pasukan iaitu Pasukan Cooper, Clubman, GP, Paceman dan Countryman.

Pada perlawanan akhir, Pasukan Paceman berjaya menundukkan Pasukan Clubman melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat empat sama dalam masa sebenar.

Ahli-ahli kelab NMOB bergambar ramai selepas kejohanan itu.
Ahli-ahli kelab NMOB bergambar ramai selepas kejohanan itu.
Juara Futsal NMOB, Pasukan Paceman.
Juara Futsal NMOB, Pasukan Paceman.

Dalam kejohanan itu, Awang Shahrulnizam bin Haji Mohd Taib dari Pasukan Clubman diumumkan sebagai pemain terbaik, manakala penjaring terbanyak jatuh kepada Ampuan Saiful Riza bin Haji Said dari Pasukan Paceman.

Kejohanan itu dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli di samping sama-sama menjalankan aktiviti sihat iaitu bersukan.

ARTIKEL YANG SAMA