Pacman sedia tinggalkan tinju

Pacman sedia tinggalkan tinju

BEVERLY HILLS (AMERIKA SYARIKAT), 20 Jan – Manny Pacquiao seakan tidak sabar untuk menggantung sarung tangan tinjunya sebelum beralih arah ke dunia politik sebaik saja pertembungan terakhir dengan peninju Amerika Syarikat, Timothey Bradley, April ini.

Pacquiao, yang sebelum ini ditewaskan Floyd Mayweather dalam ‘perlawanan terhebat abad ini’ Mei lalu, menegaskan yang dia akan bersara daripada arena tinju sebaik saja selepas perlawanan dengan Bradley.

Peninju berusia 37 tahun itu berhasrat untuk merebut kerusi senat Filipina pada tahun ini selepas berkhidmat selaku perwakilan di kongres.

“Saya sangat gembira untuk menggantung sarung tangan tinju selepas perlawanan nanti,” kata Pacquiao dalam satu sidang media.

Manny Pacquiao dan Timothey Bradley ketika sesi sidang media di Beverly Hills, AS menjelang per-tarungan mereka April ini. - Reuters
Manny Pacquiao dan Timothey Bradley ketika sesi sidang media di Beverly Hills, AS menjelang per-tarungan mereka April ini. – Reuters

“Sudah tentu saya akan berasa sedih tetapi inilah kehidupan. Kamu tidak boleh bertarung sepanjang masa dan ini adalah masanya.

“Saya mula bertinju kerana mahu membantu keluarga, ibu saya. Sekarang saya menamatkan karier tinju kerana saya mahu membantu rakyat Filipina. Saya menamatkan karier ini kerana saya mahu berkhidmat untuk rakyat.”

Pertarungan antara Pacquiao dan Bradley pada 9 April ini di Grand MGM Las Vegas adalah pertemuan yang ketiga buat kedua-dua peninju itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA