Pacquiao elak berjumpa doktor

Pacquiao elak berjumpa doktor

FILIPINA, 21 Julai – Manny Pacquiao memandang ringan kritikan daripada penganjur Bob Arum kelmarin setelah peninju Filipina yang cedera itu terlepas satu perjumpaan doktor terhadap kecederaan bahu, mengatakan dia menjalani pemulihan sendiri.

Arum mengecam peninjunya itu minggu lepas kerana terlepas perjumpaan doktor dan berkata dia tidak mempunyai sebarang idea bila “Pacman” akan kembali beraksi setelah bahunya mengalami kecederaan apabila menentang Floyd Mayweather Mei lalu.

“Saya menghormati Bob Armu. Dia bagaikan seorang ayah kepada saya. Saya percaya dia hanya menyuarakan kebimbangannya (untuk) saya dan saya menghargainya. Saya tidak mengambilnya secara negatif,” kata Pacquiao dalam satu keterangan. “Tetapi tiada yang perlu dia bimbang (mengenai) kecederaan saya. Saya menjalani pemulihan saya sendiri. Saya semakin pulih lebih cepat dari yang dijangka.”

Pacquiao menjalani pembedahan pada 7 Mei untuk membaik pulih kecederaan bahunya yang dialami ketika kekalahan sebulat suara terhadap Mayweather dalam perlawanan termahal sepanjang masa di Las Vegas.

Manny Pacquiao (kanan) bersama penganjur tinjunya Bob Arum ketika sidang media di Los Angeles, Amerika Syarikat. - AFP
Manny Pacquiao (kanan) bersama penganjur tinjunya Bob Arum ketika sidang media di Los Angeles, Amerika Syarikat. – AFP

Dia membatalkan jadual pemeriksaan bersama juru bedahnya Neal ElAttrache di Klinik Orthopaedic Kerlan Jobe Los Angeles pada 4 Julai, mendorong kritikan daripada ketua penganjur tersohor berusia 83 tahun itu, yang mengatakan “dia tidak bertindak secara profesional”.

Pacquiao tidak menyatakan dia menerima sebarang nasihat perubatan atau rawatan daripada doktor lain, tetapi berkata keadaannya sekarang bertambah baik, menambah: “Saya sekarang boleh mengangkat tangan kanan saya.”

Peninju Filipina yang telah memenangi lapan kejuaraan dunia dalam divisyen berlainan, tidak memberikan respons kepada kenyataan penganjur Amerikanya bahawa sejauh mana dia bimbang peninju itu “bukan lah pejuang yang aktif”.

Hanya beberapa hari selepas terlepas dari perjanjiannya pada 4 Julai, Pacquiao menjelajah ke Indonesia bagi membuat rakaman iklan televisyen dan mengunjungi warga Filipina yang akan menjalani hukuman mati yang kini mencari pengampunan dari Indonesia.

Arum menegaskan keutamaan pertamanya sepatutnya perjanjian bersama pakar bedahnya di LA untuk membuat keputusan terhadap program pemulihannya. – AFP