Pacquiao lawat banduan dihukum mati

Pacquiao lawat banduan dihukum mati

YOGYAKARTA, Indonesia, 10 Julai (AFP) – Bintang tinju Manny Pacquiao mengunjungi seorang banduan Filipina yang menunggu hukuman mati di Indonesia pada Jumaat, dengan pesalah menangis ketika dia berdoa di sebalik tirai besi bersama wira sukan Filipina itu.

Mary Jane Veloso dijatuhi hukuman mati di Indonesia selepas ditahan pada 2009 dengan 2.6 kilogram (5.7 paun) heroin dijahit ke dalam beg pakaiannya.

Dia dijadualkan menghadapi skuad tembak bersama pesalah dadah asing yang lain pada April tetapi diberikan penangguhan sementara selepas seorang wanita yang disyaki merekrutnya ditahan di Filipina.

Pihak berkuasa Indonesia menegaskan kes Veloso – yang sentiasa mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya mendakwa penyeludup manusia memperdayakannya – ditangguhkan ketika prosiding perundangan dijalankan di Filipina.

“Kami berharap untuk menyelamatkan nyawa Mary Jane, saya rasa Mary Jane adalah mangsa penyeludupan manusia,” kata Pacquaio selepas mengunjungi ibu tunggal kepada dua orang anak itu di penjara Wirogunan di pulau Jawa.

Manny Pacquiao (kanan) ketika mengunjungi Mary Jane Veloso (kiri) di penjara Wirogunan di Yogyakarta petang tadi. – AFP
Manny Pacquiao (kanan) ketika mengunjungi Mary Jane Veloso (kiri) di penjara Wirogunan di Yogyakarta petang tadi. – AFP

Ketika pertemuan selama 30 minit, Pacquiao dan iserinya Jinkee berdoa bersama Veloso. Banduan itu menangis ketika berdoa, pegawai kerajaan yang menyaksikan pertemuan itu memberitahu wartawan, dan pada satu ketika memeluk bintang tinju itu. Mereka bertukar-tukar hadiah dengan Veloso memberikan Pacquiao skarf biru yang dihiasi dengan nama samarannya ‘Pacman’ dan petinju itu memberikannya wang.

ARTIKEL YANG SAMA