Pacquiao lobi promosi Piala Dunia FIBA Filipina

Pacquiao lobi promosi Piala Dunia FIBA Filipina

GENERAL SANTOS, Filipina, 23 Julai – Wira tinju Manny Pacquiao berkata semalam dia akan mempromosi bidaan Filipina untuk menganjurkan Piala Dunia Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) 2019.

“Ya, saya akan berkunjung ke Tokyo bersama wakil Filipina untuk membantu bidaan kami untuk menganjurkan FIBA 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Pacquiao, 36, berkata dia akan berkunjung ke ibu negara Jepun bulan depan di mana FIBA akan mengumumkan negara tuan rumah.

Filipina melayakkan diri ke Piala Dunia FIBA tahun lalu di Sepanyol dan berakhir di tempat ke-21. Ia menghadapi persaingan sengit daripada negara besar Asia China sebagai negara tuan rumah untuk acara 2019, menurut laman web FIBA.

Pacquiao, yang telah menjadi terkenal di seluruh dunia kerana memenangi kejuaraan tinju dunia dalam lapan divisyen berat, juga seorang peminat bola keranjang.

Pacquiao (kanan) dan Bob Arum dalam gambar fail 11 Mac 2015 di Los Angeles, California. – AFP
Pacquiao (kanan) dan Bob Arum dalam gambar fail 11 Mac 2015 di Los Angeles, California. – AFP

Tahun lalu, dia menandatangani kontrak untuk menjadi jurulatih pasukan baru dalam liga bola keranjang profesional Filipina.

Bagaimanapun, Pacquiao, dengan ketinggian 1.69 meter, amat bersemangat di gelanggang keras, bermain selama beberapa minit sahaja dalam setiap permainan dan menerima sorakan daripada peminat.

Pacquiao telah mengubah kemasyhuran tinjunya kepada kekayaan dalam dunia hiburan, sebagai penyokong komersial dan dalam politik, memenangi pilihan raya sebagai ahli kongres sebuah daerah di selatan Filipina. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA