Pacquiao tanding kerusi Senat

Pacquiao tanding kerusi Senat

MANILA, 6 Okt (Reuters) – Juara tinju dunia dan anggota Kongres Manny Pacquiao mengumumkan dia akan mengambil cabaran baru dengan bertanding kerusi Senat dalam pilihan raya kebangsaan tahun depan.

Pacquiao, yang popularitinya menjangkau kelas ekonomi dan menjadi dia orang yang paling dikenali di Filipina, berkata lewat semalam dia menyasarkan salah satu dari sejumlah 12 kerusi Senat untuk direbut pada Mei.

“Saya secara rasmi mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan Senator. Saya bertanding untuk jawatan lebih tinggi,” katanya selepas berucap di depan rakyat kawasan pilihan rayanya di Saranggani, yang diwakilinya di Kongres.

“Mungkin ini masanya yang sesuai dan ini kali pertama kita bakal mempunyai seorang Senator dari Wilayah 12,” katanya, merujuk kepada salah satu dari enam wilayah yang terdapat di kepulauan Mindanao. Pacquiao, 36, tidak menyatakan apa parti atau gabungan yang dia akan sertai bagi bidaan jawatan Senatornya. Politik di Filipina adalah sistem pelbagai parti yang sudah lama do dominasi oleh suku yang berkuasa, selain selebriti filem dan bintang sukan.

Manny Pacquiao. – Reuters
Manny Pacquiao. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA