Pacquiao terharu sebelum berundur

Pacquiao terharu sebelum berundur

LOS ANGELES, 6 April – Kira-kira 15 tahun lalu, ‘The Pac Man’ Manny Pacquiao adalah seorang peninju Filipina yang kelihatan kurang zat makanan ketika baru kali pertama menyertai Kelab Tinju Wild Card di sini.

Apabila melangkah ke Wild Card di Hollywood mungkin buat kali terakhir pada minggu ini, Pacquiao akan tampil dengan berbeza sekali menuju ke penginapan mewah menjelang pertemuan menentang Timothy Bradley, Sabtu ini.

Pac Man memperoleh segala-galanya mengenai tinju di bawah latihan Freddie Roach. Mereka sudah bersama sejak 2001, membentuk hubungan kukuh yang bakal diuji kali terakhir hujung minggu ini.

“Saya tidak memikirkan aksi yang terakhir itu, jadi saya tak mahu berfikir yang saya perlu sedih atau sesuatu seperti itu,” kata Roach. “Jika ia adalah aksi terakhir, saya akan merinduinya dan kami akan jadi kawan selamanya.

Tetapi dia adalah seorang lelaki yang baik kepada saya. Ia akan menjadi berbeza apabila dia tiada di sini, sudah pasti, tetapi kehidupan perlu diteruskan.”

Pacquiao menjalani latihan bersama jurulatihnya Freddie Roach sebagai persedian untuk menghadapi Timothy Bradley, Sabtu ini. - AFP
Pacquiao menjalani latihan bersama jurulatihnya Freddie Roach sebagai persedian untuk menghadapi Timothy Bradley, Sabtu ini. – AFP

Jika Pacquiao bersara, dia sudah melemparkan tumbukan terakhirnya di Wild Card, tempat latihannya sejak 2001.

Dia tidak akan kembali menerima arahan daripada Roach, yang membentuknya menjadi juara lapan divisyen dan seorang yang paling dikenali lelaki terkenal di Filipina.

Pacquiao sudah beberapa kali berkata dia akan berundur daripada sukan tinju jika dipilih ke jawatan Senat pada pilihan raya kebangsaan Filipina tahun ini tetapi tidak menimbang keputusan itu lagi sehingga berakhirnya tugas di gelanggang pertarungan.

“Saya memikirkan mengenai hal itu,” kata Pacquiao. “Saya sukakan suasana di sini. Ia adalah rumah kedua saya. Ia sangat lama sejak saya berlatih di Wild Card.” – Agensi