Pacu aspirasi digital Brunei

Pacu aspirasi digital Brunei

Antara pemimpin dan pentadbir sekolah yang menyertai sesi pertama ‘Meet & Greet with School Leaders’.
Antara pemimpin dan pentadbir sekolah yang menyertai sesi pertama ‘Meet & Greet with School Leaders’.

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Bagi menggalakkan semua pelajar dan guru di sekolah menengah mengadaptasi penggunaan teknologi dalam pembelajaran digital masa kini, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Microsoft Brunei telah menganjurkan siri pertama ‘Meet & Greet with School Leaders’ yang dihadiri oleh 30 pemimpin dan pentadbir sekolah dari 15 buah sekolah.

Sesi yang diadakan di Tingkat 4, Tech One Global, Bangunan Knowledge Hub (KHub) itu dihadiri oleh tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan, Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli.

Antara tujuannya sesi ini diadakan adalah bagi meningkatkan penggunaan alat-alat produktiviti asas dalam kalangan pengetua dan pentadbir sekolah serta memacu aspirasi digital Brunei dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran harian guru dan pembelajaran para pelajar.

Microsoft yang menyediakan Microsoft Office 365 kepada semua sekolah K-12 secara percuma selama lebih lapan tahun, semasa sesi itu juga menunjukkan alat produktiviti seperti OneNote, alat pengambilan

nota digital yang boleh digabungkan dengan sistem pengurusan

pembelajaran, One-Drive dan aplikasi lain seperti Outlook, Office Online dan sebagainya.

 

ARTIKEL YANG SAMA