Padah ‘10 law...

Padah ‘10 lawan 12’, Sagna didakwa

LONDON, 11 Jan – Pemain pertahanan Manchester City Bacaray Sagna (atas) didakwa dengan salah laku oleh Pesekutuan Bola Sepak (FA) semalam selepas mengkritik pengadil dalam media sosial.

Sagna, 33, memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen ‘10 lawan 12…tetapi masih berjuang dan menang sebagai pasukan’ selepas kemenangan City dalam persaingan Liga Perdana ke atas Burnley, 2 Januari lalu.

Pengadil perlawanan Lee Mason mengarahkan midfield City Fernandinho meninggalkan padang dan biarpun Sagna membetulkan kenyataan untuk memadamkan bahagian ‘10 lawan 12’, dia tidak dapat menghindari dakwaan.

“Bacary Sagna didakwa dengan salah laku menurut Peraturan FA E3 (1),” kata FA dalam satu kenyataan.

FA mendakwa kenyataan Sagna ‘mempertikaikan integriti pengadil perlawanan dan/atau mendakwa dan/atau meletakkan kedudukan berat sebelah ke atas pengadil perlawanan dan/atau menyebabkan perlawanan terjejas.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA