Padah akibat ingin ‘mahu menjadi kaya’

Padah akibat ingin ‘mahu menjadi kaya’

BEIJING, 20 April (dpa) – China telah menjatuhi hukuman mati ke atas seorang juruteknik komputer kerana menjual dokumen sulit kepada agensi-agensi asing, penyiar kerajaan mendedahkan semalam.

Huang Yu, 41 tahun, telah menjual 150,000 dokumen termasuklah kod-kod tentera dari tahun 2002 hingga 2011 bagi sejumlah kira-kira 700,000 dolar AS, lapor China Central Television (CCTV). Huang bekerja di sebuah makmal penyelidikan khusus dalam kriptologi di bandar barat daya Chengdu, dan telah menjual maklumat kerana dia ‘mahu jadi kaya’, menurut laporan itu lagi tanpa menyatakan agensi-agensi asing yang terlibat.

CCTV juga menyiarkan temu bual dengan Huang, yang mana dia mengakui bertemu dengan pengintip-pengintip asing di Asia Tenggara dan mencuri dokumen dari isterinya dan juga abang iparnya yang juga bekerja dengan maklumat rahsia.

Banyak fakta tentang kes itu tidak jelas, Huang telah diberkas dalam tahun 2011, meskipun tarikh penghukuman tidak dilaporkan. Tidak jelas mengapa pihak berkuasa tidak membuat publisiti tentang kesnya sehingga kini, dan tidak disahkan sama ada penghukuman ke atasnya telah dilaksanakan.

“Jika ada orang lain yang melakukan perkara serupa – mengkhianati negara mereka – saya harap mereka melaporkan diri mereka kepada pihak keselamatan negara,” kata Huang dalam video itu, ketika pergelangan tangannya dibelenggu.

ARTIKEL YANG SAMA