Padah akibat mencuri

Padah akibat mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Seorang wanita warga Filipina yang mengaku bersalah kerana mencuri dijatuhi sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu ke atas Caren Bradecina Caling, 31, yang dituduh mencuri $70 dari mesin daftar tunai di tempatnya bekerja di Kampung Jerudong, pada 9 November 2016 sekitar jam 9:45 malam.

Kekurangan wang dalam mesin daftar tunai itu disedari oleh rakan sekerjanya pada keesokan harinya, yang kemudian membuat aduan kepada majikannya.

Siasatan polis membawa kepada tangkapan tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris.

ARTIKEL YANG SAMA