Padah akibat mencuri

Padah akibat mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Gara-gara mencuri tiga alat gerudi, seorang lelaki tempatan dijatuhi empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Noorazmin bin Maidin, 29, yang mengaku bersalah mencuri alat gerudi Bosch di Sim Kim Huat, Sengkurong pada 9 Oktober 2016 dan dari Sim Kim Huat, Tutong pada 18 Oktober 2016.

Perbuatan tertuduh melakukan curi itu di Sim Kim Huat, Sengkurong itu dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup.

Dalam kes di Sim Kim Huat, Tutong, seorang pekerja di gedung perniagaan terlihat tertuduh menyimpan alat gerudi itu di dalam keretanya. Pekerja itu kemudian diberitahu oleh juruwang bahawa tertuduh belum membayar alat gerudi tersebut.

Tertuduh menjual alat gerudi itu, masing-masing pada harga $110, $100 dan $80 dan menggunakan wang jualan itu untuk keperluannya.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki tempatan dijatuhi enam bulan penjara, juga atas kesalahan mencuri. Ahmad Razali bin Ismail, 20, mengaku bersalah mencuri pembesar suara dan buku-buku keagamaan dan tamadun dunia milik abang angkatnya.

Dia melakukan kesalahan curi itu di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada November 2016.

Pendakwaan kedua-dua kes dijalankan Pegawai Pendakwa, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

ARTIKEL YANG SAMA