Padah ambil dadah

Padah ambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160926_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atas seorang lelaki tempatan bagi kesalahan mengambil dadah terkawal.

Haji Mohammad Najib bin Haji Ibrahim mengaku bersalah mengambil Methylamphetamine dalam dua kejadian berasingan pada Disember 2015 dan April 2016.

Dalam sebutan, Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi turut membuat permohonan untuk menggugurkan tujuh pertuduhan lain terhadap defendan iaitu gagal melaporkan diri kepada pegawai pengawasan Biro Kawalan Narkotik.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin membenarkan permohonan itu dan memerintahkan hukuman defendan bermula pada 21 September 2016.

ARTIKEL YANG SAMA