Padah ambil dadah terkawal

Padah ambil dadah terkawal

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mengambil dadah terkawal.

Mohd Asmali bin Mohd Ariffin, 39, didakwa mengambil dadah terkawal kelas A, Methylamphetamine pada 15 Mac 2009.

Fakta kes menyebut, tertuduh ditahan oleh sepasukan anggota Biro Kawalan Narkotik (BKN) di dalam sebuah kereta di mana pemeriksaan telah dilakukan ke atas tertuduh dan keretanya namun tidak ada peralatan dadah ditemui.

Bagaimanapun ujian air kencing yang diambil daripada tertuduh setelah dianalisis didapati mengandungi Methlamphetamine.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid juga memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.