Padah beli nombor ekor

Padah beli nombor ekor

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Gara-gara membeli nombor ekor, dua lelaki asing menerima padah apabila masing-masing didenda $200 atau dua minggu penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan berjudi.

Roger Alonzo Ayson, 43, dari Filipina dan Robin Chandra Paul Kanu Ranjan Paul, 37, dari Bangladesh ditangkap di ATH Garment di Perindustrian Serambangun, Tutong sekitar 9 malam pada 3 Disember 2008.

Timbalan pendakwa Raya Kamaliah binti Haji Ibrahim memberitahu Ketua Majistret Muhammed Faisal bin Pehin Dato Kefli bahawa polis telah merampas kertas loteri 4D tulisan tangan dari kedua-dua tertuduh.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua tertuduh terlibat dalam aktiviti nombor ekor.

ARTIKEL YANG SAMA