Padah beri maklumat palsu

Padah beri maklumat palsu

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151005_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Gara-gara memberikan maklumat palsu, seorang pembantu rumah dikenakan penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Rosi Purwati berusia 23 tahun dari Indonesia didakwa memberikan maklumat palsu kepada pihak polis pada 16 Ogos 2015 dengan mendakwa dirinya telah dirogol oleh rakan sekerja.

Tertuduh memberitahu polis, rakan sekerjanya yang juga warga Indonesia bernama Ilham, 33, adalah pemandu kepada majikannya.

Kertas pertuduhan menyebut, Ilham dibawa ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak untuk soal siasat di mana dia menafikan melakukan perbuatan itu.

Pada 18 Ogos 2015, Ilham dihadapkan ke Mahkamah atas dakwaan merogol namun tiada pengakuan diambil.

Pada 30 September, Rosi Purwati kemudian mengaku telah memberikan maklumat palsu apabila sekali lagi disoal siasat olah pihak polis.

Rosi Purwati memberitahu polis bahawa dia mereka cerita yang dia dirogol kerana takut jika hamil, dan juga takut jika isteri Ilham mendapat tahu mengenai hubungan mereka berdua.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika menjatuhkan hukuman berkata, tertuduh telah membuang masa polis dan turut menyebabkan seorang lelaki yang tidak bersalah dipenjarakan.

“Apa yang dibuat oleh tertuduh jelas menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan atas sebab peribadi,” kata Majistret Kanan.

ARTIKEL YANG SAMA