Padah cabul kehormatan wanita

Padah cabul kehormatan wanita

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Tindakan seorang lelaki warga India yang mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun membawa padah apabila dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret disini, hari ini.

Silambarasan Gunasekaran, 30, dijatuhi hukuman itu selepas disabit bersalah terhadap dakwaan mencabul kehormatan wanita itu dengan mencabul kehormatannya di salah sebuah kedai di Delima Square, kira-kira 3:05 petang pada 17 Januari 2015.

pg06_160405_mahkamah logo2

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli ketika menjatuhkan hukuman berkata, perbuatan meraba adalah kesalahan berat, dan ia memperuntukkan pemenjaraan dan sebatan.

Ketua Majistret turut memerintahkan hukuman ke atas tertuduh dijalankan serta merta.

ARTIKEL YANG SAMA