Guru cabul murid

Guru cabul murid

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan tiga pelajar perempuan berusia 10 dan 11 tahun dalam tiga kejadian berasingan pada 2014.

Seorang guru berusia 33 tahun didakwa meletakkan kertas pada alat sulit pelajar yang ketika kejadian berusia 11 tahun dan melukis bentuk tiga segi pada kertas itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya pada awal tahun 2014 antara jam 9 dan 10 pagi.

Dia juga berdepan dakwaan menyentuh bahagian dalam paha pelajar yang ketika itu berusia 10 tahun.

Tertuduh turut didakwa memasukkan jarinya ke dalam alat sulit pelajar yang ketika itu berusia 10 tahun pada atau sekitar 1 November 2014.

Tertuduh melakukan kesemua kesalahan itu di salah sebuah kelas makmal sains.

pg06_160113_mahkamah logo

Dia didakwa mengikut Seksyen 354B Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi dari 10 tahun, dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh. Hakim Dato Paduka Steven Chong memberi tempoh sehingga 26 Januari untuk tertuduh mempertimbangkan pengakuannya, dan membenarkan dia diikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurjauinah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA