Padah cuba seludup rokok

Padah cuba seludup rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Gara-gara cuba menyeludup masuk sejumlah karton rokok ke Brunei, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $5,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Muhammad Yazid bin Abd Wahab, 25, mengaku salah memiliki 14 karton rokok di dalam kereta yang dipandunya ketika ditahan di kawasan Pos Kastam Kawalan Kuala Lurah pada 16 November 2016.

Pegawai kastam bertugas menemui karton rokok itu disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang depan dan di belakang tempat duduk pemandu sebaik pemeriksaan dijalankan terhadap kereta defendan meskipun defendan memberitahu pegawai tersebut bahawa dia tidak mempunyai apa-apa barang yang hendak diisytiharkan.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah bahawa cukai untuk kesemua karton rokok itu adalah $650.

Defendan diberi tempoh dua bulan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman untuk membayar denda itu dan jika gagal akan menjalani penjara selama lima bulan.

ARTIKEL YANG SAMA