Padah curi tong gas

Padah curi tong gas

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Gara-gara mencuri silinder gas, seorang lelaki warga tempatan dijatuhi 14 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suhardy bin Haji Abdullah, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di R & T Electronic Enterprise, Gadong pada 24 November 2015 kira-kira jam 8:45 malam.

pg06_160519_mahkamah logo2

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 dibaca bersama Seksyen 34 yang sama di mana hukuman ini memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan denda.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa pada hari pertama dia ditahan reman, iaitu pada 3 Disember 2015.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria.

ARTIKEL YANG SAMA