Padah guna pasport anak

Padah guna pasport anak

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160826_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Seorang ibu kepada empat orang anak dijatuhi denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, setelah mengaku bersalah menggunakan pasport milik anak perempuannya untuk keluar dan masuk ke Brunei Darussalam.

Asnah binti Latip, 48, didakwa menyamar dengan menggunakan pasport milik orang lain untuk keluar dan masuk semula ke negara ini pada 27 November 2015, masing-masing pada jam 12:11 tengah hari dan 3:10 petang.

Pegawai Pendakwa Imigresen mengemukakan pertuduhan terhadap Asnah mengikut Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport, Penggal 146 dan dihukum di bawah Seksyen 12(1) yang sama iaitu boleh dikenakan denda $10,000 dan penjara selama lima tahun.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh dua bulan untuk defendan membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

Mengikut fakta kes, defendan dan seorang pemandu lelaki tiba di kaunter ketibaan Pos Kawalan Kuala Lurah dari Limbang di mana pemandu mengemukakan dua pasport kepada pegawai imigresen yang bertugas.

Pegawai bertugas yang menyedari ada perbezaan wajah antara defendan dan gambar dalam pasport telah memberikan surat untuk defendan hadir ke Jabatan Imigresen untuk siasatan.

Siasatan mendapati pasport yang digunakan defendan itu milik anaknya di mana pasport milik defendan sebelum ini diserahkan kepada kakaknya untuk tujuan memperbaharui.

ARTIKEL YANG SAMA