Padah guna pasport milik orang lain

Padah guna pasport milik orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160114_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Tindakan seorang lelaki tempatan yang ingin membeli barang di Miri dengan menggunakan pasport milik orang lain mengundang padah apabila Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara dua bulan ke atasnya.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Dzulfadhli bin Abdullah @ Eddy anak Ugeng, 35, yang menghadapi dakwaan menyamar dengan menggunakan pasport milik orang lain.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 9 Januari 2016 kira-kira jam 2:25 petang di kaunter pelepasan Pos Kawalan Imigresen, Sungai Tujoh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Pasport, Bab 146, dan jika sabit, boleh dikenakan denda $10,000 dan penjara untuk lima tahun. Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh yang ketika itu bersama rakannya ditahan oleh pegawai imigresen yang bertugas di Pos Kawalan Imigresen, Sungai Tujoh.

Pegawai imigresen yang memeriksa pasport biometrik yang ditunjukkan oleh tertuduh telah mendapati gambar yang tertera pada pasport itu berlainan dengan muka tertuduh, dan mengesyaki dia menggunakan pasport milik orang lain.

Tertuduh kemudian ditahan untuk siasatan di mana dia memberitahu dia tidak pernah dikeluarkan pasport oleh Jabatan Imigresen dan tidak pernah keluar negara.

ARTIKEL YANG SAMA