Padah memasang mesin judi

Padah memasang mesin judi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Seorang lelaki warga tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan atas pertuduhan perjudian setelah didapati membantu memasang dan menyediakan mesin permainan bagi tujuan permainan judi.

Menurut kenyataan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Domenic Chong Yin Lung, 27, didakwa di bawah Bab 4 A (b) Akta Rumah-rumah Perjudian Terbuka, Penggal 28.

Dalam siasatan yang dijalankan oleh BMR, pada sekitar bulan Februari 2015, tertuduh didapati membantu memasang dan menyediakan tujuh mesin permainan bagi tujuan permainan judi di sekitar kawasan bangunan komersial S14, Bangunan Haji Hamidon Agora, Jalan Lambak.

pg06_160304_mahkamah logo2

Semasa dihadapkan ke mahkamah, tiada pengakuan diambil.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $10,000 atau dua orang penjamin tempatan dan menetapkan 16 Mac 2016 sebagai tarikh sebut semula.

Pendakwa raya bagi kes ini diwakili oleh Pegawai Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Awang Shamsuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA