Padah mencuri

Padah mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencuri.

Tiada pengakuan direkodkan dari Caren Bradecina Caling, 31, yang dituduh mencuri $70 dari sebuah kedai di Kampung Jerudong, pada 9 November 2016 sekitar jam 9:45 malam.

Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris mengikut Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Pegawai pendakwa memohon untuk kes ditangguhkan sementara menunggu jurubahasa Filipina.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 21 November untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA