Padah mencuri

Padah mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Seorang lelaki tempatan dijatuhi 13 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri silinder gas dari kedai peralatan dan elektronik di Gadong.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Firdaus bin Mohd Ali yang berusia 36 tahun.

Fakta kes menyebut, tertuduh bersama dua lagi rakannya memasuki kedai itu melalui pintu belakang dan mencuri gas silinder itu. Kesalahan dilakukan pada 24 November. Mereka kemudian menjual gas silinder itu pada harga $40 di Kampung Menglait dan membahagikan hasilnya sesama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA