Padah mengambil dadah

Padah mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah mengambil dadah.

Muhammad Rusyduddin bin Ramli, 25, turut dijatuhi denda $4,000 atas lapan kesalahan kerana gagal untuk melaporkan diri kepada pegawai penyelia narkotik dari bulan April hingga Oktober 2015.

Gagal membayar denda akan menyebabkannya meringkuk selama 16 minggu lagi di penjara.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memaklumkan mahkamah, sampel air kencing yang diambil daripada tertuduh pada 23 Mei 2015 setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine. Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSSU Haji Awang Badaruddin memerintahkan hukuman tertuduh berkuat kuasa hari ini.

 

ARTIKEL YANG SAMA