Padah menipu diserang IS

Padah menipu diserang IS

MARSEILLE, 24 Feb (AFP) – Seorang guru berbangsa Yahudi di Perancis yang mendakwa dirinya diserang oleh penjihad IS diberkas hari ini atas tuduhan menipu kepada pihak polis.

Lelaki itu menjemput pihak media ke rumahnya di Marseille di selatan Perancis sehari selepas serangan sepatutnya pada Disember, mengatakan dia dipukul oleh tiga lelaki mendakwa mewakili kumpulan jihad itu.

Namun satu sumber polis mengesahkan hari ini bahawa lelaki itu telah ditahan atas dakwaan mereka-reka cerita tersebut.

Dia bukanlah satu-satunya guru Perancis yang dituduh menipu mengenai serangan IS. Pada Januari, guru sekolah tadika telah dihantar bagi ujian psikiatri selepas mengaku menipu mengenai satu serangan pada kelasnya.

Lelaki berusia 45 tahun itu, mulanya mengatakan seorang lelaki memecah masuk ke kelasnya dan mencederakannya dengan pisau pemotong kotak dan gunting.

Namun kemudian dia mengaku mereka-reka cerita itu dan mencederakan dirinya sendiri di leher.

Kes-kes itu tiba apabila Perancis masih segar dalam serangan-serangan Paris pada November, yang diakui oleh IS, mengakibatkan 130 orang terbunuh.

Tidak dinafikan ada serangan di Marseille pada Januari, apabila seorang guru memakai kippa, kopiah Yahudi, telah diserang oleh remaja radikal persendirian, siri terbaru ke atas insiden-insiden anti-Yahudi di bandar pelabuhan itu.