Padah miliki, ambil dadah

Padah miliki, ambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Akibat memiliki dan mengambil dadah, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda $10,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

pg06_160716_mahkamah logo2

Azri bin Hussin, 29, mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan memiliki 0.3722 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 26 Julai 2011 di Kampung Perpindahan Rimba; memiliki 1.468 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 12 Mac 2013 di loji kumbahan JKR, Mulaut dan mengambil Methylamphetamine pada 20 dan 25 Mac 2014, dan 21 Februari 2015.

Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin memberi tempoh sehingga 18 Julai ini untuk tertuduh membayar denda berkenaan, dan jika gagal akan berdepan tambahan 15 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA