Padah miliki dadah

Padah miliki dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160421_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Dua adik-beradik tempatan dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas disabit Mahkamah Tinggi, hari ini, atas pertuduhan mengedar, memiliki dan mengambil Methylamphetamine.

Mas Wira bin Mohd Jawi dijatuhi $5,000 atau berdepan tujuh bulan penjara jika gagal membayar denda itu, atas kesalahan mengambil dan memiliki 1.1397 gram dan 1.3956 gram Methylamphetamine.

Sementara Mohd Arif bin Mohd Jawi dijatuhi penjara selama 25 tahun dan 15 sebatan untuk pertuduhan mengedar 74.9108 gram Methylamphetamine.

Ketika menjatuhkan hukuman, Ketua Hakim Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli mendapati Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abdul Raafe’ bin Haji Ibrahim berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketua Hakim Dato Seri Paduka Haji Kifrawi turut memerintahkan wang berjumlah $4,069 yang ditemui daripada tertuduh dirampas di bahawa Seksyen 68 Perintah Pemulihan Aset Jenayah kerana mempercayai wang itu adalah hasil daripada aktiviti dadah tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA