Padah miliki, mengambil dadah

Padah miliki, mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Dua lelaki tempatan dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki dadah, memiliki peralatan mengambil dadah dan mengambil dadah.

Rudy Saffry bin Awang Umar, 31, dikenakan denda $2,200 atas dakwaan memiliki Methylamphetamine seberat 0.1947 gram dan memiliki peralatan mengambil dadah di dalam keretanya di Kampung Jerudong pada 22 Januari 2014.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman memberi tempoh 11 bulan kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Pengiran Norasmadi bin Pengiran Haji Patra, 46, pula dijatuhi denda $1,500 atas pertuduhan mengambil Methylamphetamine pada 24 Jun 2014.

pg06_151218_mahkamah logo

Dia ditahan oleh sepasukan pegawai dari Biro Kawalan Narkotik (BKN) pada 24 Jun 2014 di Kampung Bebuloh.

Majistret Pengiran Shahyzul memberinya tempoh sehingga 17 Mac 2016 untuk membayar denda, dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa BKN Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA