Padah miliki rokok

Padah miliki rokok

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki sejumlah rokok yang tidak diisytiharkan.

Mustafa bin Zaidin, 51, mengaku bersalah kerana memiliki enam karton dan 15 paket rokok di kediamannya di Kampung Sungai Pangga, pada 19 November 2015.

Perbuatannya menjual rokok itu terbongkar apabila pegawai pencegah kastam bertindak membuat pemeriksaan terhadap rumah defendan sebaik menerima maklumat dari orang ramai.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu daripada seorang lelaki berbangsa Melayu untuk dijual dan juga untuk dirinya.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah bahawa untuk memiliki sejumlah rokok itu, defendan perlu mengisytiharkannya kepada pihak kastam dengan membayar cukai $370.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh dua bulan untuk defendan membayar denda itu dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA