Padah miliki rokok haram

Padah miliki rokok haram

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160620_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi denda $1,750 ke atas seorang lelaki warga Bangladesh atas pertuduhan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Mohd Khokan Miah, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman kerana memiliki empat karton dan 10 paket rokok di kediamannya di Kampung Tanjung Nangka, pada 17 Februari 2016.

Defendan didapati memiliki sejumlah rokok itu dalam bilik tidur apabila sepasukan pegawai pencegah kastam membuat pemeriksaan di rumahnya.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah, duti eksais untuk rokok itu ialah $250, dan memohon mahkamah agar kesemua rokok dalam senarai rampasan itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

Majistret Pengiran Shahyzul memerintahkan defendan untuk membayar denda itu dengan segera, atau berdepan enam minggu penjara.

ARTIKEL YANG SAMA