Padah miliki rokok tanpa pengisytiharan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Gara-gara memiliki enam karton rokok yang tidak diisytiharkan, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan denda itu terhadap Muhd Husnul Fahmi bin Haji Matzin dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

Dalam bilik mahkamah lain, Mohd Irwan bin Abdul Rashid, 29, dijatuhi hukuman denda $300 oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman atas pertuduhan memiliki lima karton rokok dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kawalan Sungai Tujoh, pada 22 Jun 2017.

Jika gagal membayar denda, dia diperintahkan untuk menjalani hukuman tiga bulan penjara.