Padah mulut celupar

Padah mulut celupar

LJUBLJANA, 15 April (AP) – Persatuan Bola Sepak Slovenia (NZS) menggantung jurulatih kelab pendahulu liga divisyen pertama negara itu tujuh bulan kerana mengeluarkan perkataan berbaur perkauman.

Ketua jurulatih kelab Olimpija Ljubljana, Marko Nikolic, dikatakan mengeluarkan perkataan itu terhadap pemainnya sendiri, Blessing Eleke selepas pemain kelahiran Nigeria itu menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Zavrc yang berakhir dengan keputusan 1-1, Ahad lalu.

Nikolic dari Serbia juga didapati berkata “lihat kepada si bodoh itu” ketika Eleke sedang meraikan gol dengan tindakannya itu dapat dirakam kamera televisyen.

Nikolic berkata, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan pemainnya itu secara perkauman namun tidak gembira dengan keraian panjang yang dibuat pemain itu menyebabkan banyak masa dibazirkan.

Dia sudah meminta maaf kepada Eleke. Olimpija begitupun enggan untuk menggantung Nikolic namun NZS berkata tindakan yang dibuat “kerana perkauman yang jelas.” Penggantungan bermakna Nikolic akan terlepas baki saingan musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA