Padah pecah masuk, hukuman bertambah

Padah pecah masuk, hukuman bertambah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160929_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara selama 45 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas kesalahan pecah masuk rumah dan curi.

Haji Maswadi bin Pungut/Ismail, 34, mengaku bersalah atas empat tuduhan pecah masuk rumah dan curi antara Mac dan Ogos 2016.

Tertuduh didakwa mencuri jam tangan mewah, beg, wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kamera dan komputer riba.

Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni memerintahkan hukuman tertuduh bermula selepas dia selesai menjalani hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan yang sama pada Oktober, November dan Disember 2015, dan Januari 2016.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA