Padah seludup minuman, guna pasport orang lain

Padah seludup minuman, guna pasport orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi denda $3,500 masing-masing ke atas seorang lelaki dan wanita tempatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan pasport orang lain dan juga kesalahan kastam.

Muhammad Nur Salahuddin, 24, dikenakan $3,000 atas kesalahan keluar dan masuk ke Brunei Darussalam menggunakan pasport milik orang lain.

Maisurah binti Haji Ismail, 38, turut dikenakan denda $3,000 atas dakwaan bersubahat dengan menyediakan pasport milik orang lain kepada Muhammad Nur Salahuddin.

pg06_151130__mahkamah logo2

Kedua-dua defendan turut dijatuhi denda $500 setiap seorang oleh mahkamah kerana memiliki 48 tin minuman keras dan dua botol arak yang tidak diisytiharkan.

Fakta kes menyebut, kereta yang dipandu Maisurah ditahan oleh pegawai kastam di Ujong Jalan Temburong pada 28 Januari.

Pemeriksaan yang dijalankan menemui barang-barang tegahan kastam itu di dalam kereta yang mana kedua-duanya mengaku telah membeli minuman keras itu di Limbang.

ARTIKEL YANG SAMA