Padah tampar isteri, dipenjara 6 bulan

Padah tampar isteri, dipenjara 6 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Perbuatan menampar isteri dan membaling kerusi terhadap abang ipar mengundang padah kepada seorang lelaki penduduk tetap apabila Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman enam bulan penjara.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabarudin bin Saidin, 38, atas dakwaan menampar muka isterinya di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri antara 25 Julai dan 26 Julai 2015.

pg06_150826_mahkamah logo2

Dalam kejadian tersebut, tertuduh juga berdepan pertuduhan membaling kerusi terhadap abang iparnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah binti Abd Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA