Padah tinggal melebihi tempoh

Padah tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi penjara tiga bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di Brunei Darussalam.

Majistret Kanan, Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Ujang Kosim bin Asdi, 33, dan Muhammad Asis bin Mudhar, 46.

Kedua-dua mereka diberkas oleh sepasukan penguat kuasa imigresen yang membuat serbuan ke atas bilik sewa yang terletak di Kampung Bengkurong.

Ujang Kosim dari Karawang didapati tinggal selama 590 hari di negara ini, dari 4 Jun 2014 hingga tarikh penangkapannya pada 14 Januari 2016, manakala itu, Muhammad Asis dari Bandung didapati berada di negara ini selama 725 hari, dari 20 Januari 2014 sehingga dia ditangkap pada 14 Januari. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17, di mana mereka yang tinggal melebihi tempoh 90 hari, akan disabit penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi dua tahun, serta tidak kurang daripada tiga sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA