Padah tinggal melebihi tempoh

Padah tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Dua warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang dibenarkan.

Rotaya Febianshah, 44, dikenakan hukuman empat bulan penjara dan tiga sebatan atas pertuduhan tinggal selama 962 hari di negara ini sejak pas lawatan yang diberikan selama satu minggu mansuh pada 27 Februari 2013.

Defendan ditangkap pada 16 Oktober oleh sepasukan penguatkuasa imigresen yang membuat serbuan di salah sebuah rumah sewa di Kampung Parit.

mahkamah

Sementara itu, Nurbaya berusia 42 tahun dijatuhi tiga bulan penjara dan denda $800 atau tambahan satu bulan penjara jika gagal membayar denda atas kesalahan tinggal selama 145 hari di negara ini.

Defendan ditangkap pada 15 Oktober di Kampung Parit selepas didapati pas imigresennya mansuh sejak 24 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA