Padan muka

Padan muka

BERLIN, 6 Ogos – Seorang hakim Jerman mengarahkan dua orang samseng bola sepak yang menyerang seorang peminat kelab lawan dan mengoyakkan peralatan pasukannya untuk menerima arahan ‘menyakitkan’ dengan membeli barang dagangan Bayern Munich yang baru, media melaporkan semalam.

Hakim di selatan bandar Munich, Karin Jung, memberitahu harian Bild bahawa dia mewakili defendan, kedua-duanya penyokong pasukan 1860 Munich, dengan pilihan bagi menggantikan peralatan Bayern Munich atau menjalani hukuman penjara 15 bulan. Lelaki terbabit memilih untuk menerima perjalanan membeli peralatan sukan ke kedai peminat Bayern Munich dalam satu keputusan yang ‘terlalu menyakitkan’, kata Jung dengan rasa puas hati.

Dua defendan tersebut, yang ditemani oleh lelaki ketiga, menghampiri peminat Bayern di stesen kereta api utama Munich selepas perlawanan pada Ogos 2014 dan mengoyak jaketnya, baju-t dan topi, yang memiliki lambang pasukan.

“Kedua-dua tertuduh dilihat liar, tidak menunjukkan rasa kesal, tidak mengaku bersalah dan enggan menamakan penyerang lain,” kata Jung. “Saya mahu menunjukkan bola sepak adalah bola sepak dan bukan medan pertempuran,” katanya, menjelaskan mengenai keputusannya yang luar biasa. Dengan kebenaran daripada mangsa, Jung berkata dia melakukan keputusan yang adil. “Saya memikirkan apa yang lebih memedihkan mereka dan melakukan sesuatu yang mengganggu orang-orang seperti ini,” katanya.

Peguam defendan, Guenter Reisinger, berkata anak guamnya telah memohon maaf kepada peminat Bayern dan membayar 500 euro (AS$543) sebagai ganti rugi, dalam tambahan untuk membelikan topi, skarf dan jersi dari kedai pasukan itu. Peralatan itu diserahkan kepada mangsa di mahkamah semalam.

“Mereka bukanlah peminat setia sebaliknya lebih suka berada di sebalik tirai besi berbanding pergi ke kedai Bayern,” kata kenyataan Reiseinger, yang digelar Bild ‘bijak dan menarik’. – AFP