Padang becak punca liga dilanjutkan

Padang becak punca liga dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Liga Bolasepak Daerah Brunei dan Muara 2015 terpaksa dilanjutkan sehingga ke Tahun 2016 kerana kebanyakan perlawanan pada 2015 terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat yang menyebabkan padang menjadi becak.

Perkara di atas diutarakan oleh Pengerusi Perlawanan Liga Bolasepak Daerah Brunei dan Muara 2015, Haji Mohd Noor bin Haji Hamid semasa ditemui Media Permata ketika berlangsungnya perlawanan Kumpulan B antara Savilla FC dengan Rainbow FC kelmarin.

Menurutnya banyak perlawanan yang telah dijadualkan sepanjang Disember 2015 yang lalu terpaksa dijadualkan semula kerana keadaan padang di Kompleks Sukan Sungai Kebun yang tidak mengizinkan akibat hujan lebat yang turun di sepanjang bulan itu.

Beliau kemudiannya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua pengurus pasukan yang telah sama-sama memahami keadaan sedemikian rupa yang tidak dapat dielakkan itu.

Beliau juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada pengawas kompleks sukan yang telah memberikan kerjasama padu dalam sama-sama membantu melancarkan lagi perjalanan Liga Bolasepak Daerah Brunei dan Muara 2015.

Haji Mohd Noor semasa diwawancara Media Permata.
Haji Mohd Noor semasa diwawancara Media Permata.

Haji Mohd Noor seterusnya menyatakan bahawa tidak banyak lagi baki perlawanan untuk dijalankan sebelum pusingan kedua liga diteruskan dan beliau sudah pun menyiapkan jadual bagi perlawanan-perlawanan terbabit. – Hasrulraizan

ARTIKEL YANG SAMA