Padang golf dijadikan tapak peluru berpandu AS

Padang golf dijadikan tapak peluru berpandu AS

SEOUL, Korea Selatan, 30 Sept – Sebuah padang golf persendirian di rantau tengara negara dipilih sebagai tapak baru untuk pemasangan sistem pertahanan peluru berpandu AS pada akhir tahun depan untuk membantu menghadapi dan mengatasi ancaman Korea Utara, kata pegawai tentera Korea Selatan hari ini.

Kementerian Pertahanan Seoul pada Julai memilih satu pangkalan artileri di bandar perladangan luar bandar Seongju sebagai tapak untuk Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi, atau THAAD.

Namun penduduk Seongju membantah pelan tersebut, menimbulkan kebimbangan mengena risiko kesihatan yang mungkin timbul daripada radar sistem.

Padang golf yang dimiliki oleh kumpulan perniagaan Korea Selatan Lotte juga terletak dalam Seongju, tetapi terletak lebih jauh daripada kawasan perumahan utama bandar.

Bagaimanapun, penduduk bandar Gimcheon, yang bersempadan dengan padang golf, telah membantah tindakan yang telah diramalkan oleh media selama beberapa minggu.

Gambar fail pada 27 Ogos 2016 menunjukkan padang golf Lotte Skyhill Seongju Country Club di Seongju, Korea Selatan. Padang golf swasta di rantau tenggara negara telah dipilih sebagai tapak baru untuk sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat. – AP
Gambar fail pada 27 Ogos 2016 menunjukkan padang golf Lotte Skyhill Seongju Country Club di Seongju, Korea Selatan. Padang golf swasta di rantau tenggara negara telah dipilih sebagai tapak baru untuk sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat. – AP

Seorang pegawai daripada Kementerian Pertahanan, yang tidak mahu namanya disiarkan, memetik peraturan pejabat, berkata pegawai kementerian melawat penggubal undang-undang dan pegawai serantau di Seongju dan wilayah Gyeongsang Utara, yang mengawal bandar, untuk menjelaskan keputusan yang diambil.

Satu nota kementerian yang diberikan kepada penggubal undang-undang menggambarkan padang golf sebagai ideal disebabkan ia tidak memerlukan banyak pembinaan berbanding dua tapak lain yang terletak di kawasan pergunungan itu.

Kementerian merancang memulakan rundingan mengenai pembelian padang golf daripada Lotte, yang berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan ‘menimbang’ cadangan tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA